Bismillahirohmanirrohim

Just another WordPress.com weblog

Palestina 3 (Hacker Perangi Israel)

Posted by: “nesia andriana” 

Tue Jan 13, 2009 6:03 pm (PST)

::Buat kita yang tidak punya kemampuan hacking, mari kita turut
menyebarkan kekejian Israel. Don’t stop. Kita tidak tahu pada
postingan ke berapa orang mau berkunjung, dan pada postingan yang
mana orang yang tadinya tidak peduli jadi peduli, bahkan orang yang
tadinya pro Israel boleh jadi berubah pikiran karena begitu
gencarnya informasi sebenarnya.
———— ———

Dalam keghairahan tentera-tentera Israel menyerang dan meratah
penduduk-penduduk Palestin dengan bom, roket dan sebagainya dalam
masa yang sama hacker-hacker dari seluruh dunia juga turut serta
melancarkan serangan secara beramai-ramai melalui laman maya.
Dikatakan 10,000 laman-laman Israel telah dirosakkan. Banyak
daripada laman-laman Israel telah diletakkan dengan video-video,
foto-foto dan slogan-slogan yang mengatakan tentang keburukan dan
kezaliman yang telah dilakukan oleh Israel.

Apakah yang dimaksudkan dengan hacker? Adakah ianya sejenis
perkakasan komputer atau salah satu jenama skrin komputer yang
terkenal di kalangan peminat komputer? Kalau itulah yang difikirkan
oleh para pembaca maka sungguh jauhlah telahan pembaca sekalian
daripada apa yang difikirkan penulis. Telahan pembaca tersebut akan
menjadi lebih jauh daripada kebenaran sekiranya ada di kalangan
pembaca yang menyangka hacker adalah sejenis binatang, makanan dan
sebagainya.

Ketahuilah pembaca sekalian bahawa hacker atau dalam penggunaan
bahasa melayunya penggodam ialah seseorang yang mencipta dan
mengubah suai perisian dan perkakasan komputer termasuklah
pengaturcaraan komputer, pentadbiran, dan urusan-urusan yang
berkaitan dengan keselamatan. Fungsi dan kesan kewujudan seseorang
hacker ialah fleksibel mengikut apa yang dilakukan oleh hacker
tersebut dengan kemahiran yang dimilikinya.

Menurut ilmu komputer yang sempat difahami penulis, hacker terbahagi
kepada dua jenis. Hacker yang menggodam pengatur caraan komputer dan
hacker yang menggodam keselamatan komputer. Hacker pengatur caraan
komputer ialah hacker yang menggodam atau mencapai sesuatu matlamat
dengan mengubah suai sesuatu kod atau sumber sesuatu perisian
komputer manakala hacker keselamatan komputer pula ialah hacker yang
menggodam sesuatu mekanisme keselamatan sistem dan rangkaian
komputer.

Hacker yang melakukan pencerobohan dan pengubah suaian tehadap laman-
laman Israel seperti yang diceritakan penulis termasuk dalam jenis
hacker keselamatan komputer. Hacker jenis ini kebiasaannya akan
memecah masuk rangkaian-rangkaian yang mempunyai sistem keselamatan
yang ketat dengan kod-kod tertentu yang hanya difahami oleh mereka
untuk mencapai sesuatu tujuan. Sebahagian daripada mereka yang tidak
beretika akan memecah masuk sistem-sistem keselamatan bank,
kerajaan, pentadbiran sesebuah organisasi dan sebagainya untuk
kepentingan peribadi.

Surat khabar Asyarq Al-Awsat yang diterbitkan di London dalam satu
beritanya menyebut para hacker yang merosakkan laman-laman Israel
itu kebanyakannya datang dari Lebanon, Morocco, Iran dan Turki.
Sementara laporan daripada salah satu siaran radio Israel
menyebutkan bahawa target atau matlamat utama mereka ialah laman
perusahaan dan lembaga pemerintahan Israel termasuk laman Jabatan
Pertahanan Israel dan Israel Discount Bank.

Seorang daripada hacker yang menggunakan T@ke Sn!per sebagai nama
samarannya di alam maya mengatakan bahawa kumpulannya telah berjaya
menggodam lebih daripada 30 laman Israel. Antaranya laman-laman
pemerintah Israel tidak terkecuali laman-laman bank dan parti
politik Israel. Laman-laman akhbar Israel seperti Maariv dan Yediot
Aharonot juga tidak luput daripada serangan para hacker. Para hacker
memasang foto-foto warga Palestin yang menjadi korban keganasan
Israel dan foto-foto warga Iraq yang menjadi korban kekejaman
penjara-penjara AS di laman-laman yang menjadi mangsa.

http://kalamhuffaz. blogspot. com

January 15, 2009 - Posted by | Palestina

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: